Tuesday 30 April 2013

Assalammualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh Ya Akhwat dan Ikhwat sekalian. Kaifa haluka/ kaifa haluki? Diharapkan para pembaca dalam keadaan sihat wal'afiat sejurus sentiasa dilindungi Allah hendaknya . Okeng, nampak tak tajuk di atas? Hah, tahupun , tapi ana tidak mahu mengulas dengan mendalam hal tersebut sebab ana rasa payah nak ulas perkara ni. Ana cuma nak kongsikan cerita dari si polan Trutt Trutt... ni , Harap para Akhwat dan Ikhwat faham akan cerita ini mungkin dengan lebih mendalam :)     Kisahnya bermula di SINI :-                                 ~COUPLE ISLAMIK~

Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam ;)

P/s : Couple itu Haram..Jauhi Pergaulan bebas..   (Bak kata penulis asalnya dan ana :) )

Saturday 6 April 2013

✿~ Jika kita marah ->TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa..
✿~ Jika kita bingung -> KLIK doa agar tenang hati..
✿~ Jika kita dipuji -> RELOAD syukur supaya tidak alpa..
✿~ Jika kita gagal -> DOWNLOAD usaha utk memberi semangat..
✿~ Jika kita kecewa -> RESTART tenaga agar sentiasa sedar..
✿~ Jika kita berdosa -> UNDO perangai itu & bersolat taubat..
✿~ Jika kita dendam -> DELETE buruk sangka supaya bersih hati..
✿~ Jika kita bohong -> BACKSPACE kata-kata untuk betulkan..

✿~ Jika buat maksiat -> REGISTER segera taubat nasuha..

Ciri-ciri sahabat yang harus dihargai ^_^


Tuesday 2 April 2013

DIINGATKAN UNTUK SEMUA! Kalau boleh, kita janganlah menghakimi seseorang tu dari segi perwatakan diri, penampilan diri dan sikapnya, Kita mungkin tidak tahu mungkin dia itu buat 1000 kebaikan daripada kita.Mungkin dia ini peramah atau baik walaupun tak sebaik perwatakannya atau sifatnya. Even wajah dia sakit atau pun cantik macam manapun jua jangan juga kita buat spekulasi atas diri mereka. mereka langsung tidak bersalah, Ingat, Tugas kita di dunia ni bukan sahaja nak jadi Khalifah Allah yang memakmurkan Bumi ini tetapi juga membimbing serta mentaati perintah Allah. Berdasarkan Firman Allah S.W.T. yang berbunyi.... Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?

(Surah An-Nahl ayat 17) 

Subhanallah ^_^




Islam itu sempurna, Muslim tidak sempurna :-) Jangan keliru



“Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

~Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya~

Gunalah kata-kata ini dalam kehidupan
seharian:
Bila gembira : ALHAMDULILLAH
Bila terlupa : ASTAGFIRULLAH
Bila terkejut : MASYA ALLAH
Bila berjanji : INSYA ALLAH
Bila marah : LAILAHAILLALLAH
"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt." - Ibnu Qayyum

Ciri Pertama Calon Muslim Berwibawa ialah Amanah:

a. Melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
b. Tidak terbabit dengan rasuah, salah laku dan khianat terhadap kepercayaan rakyat.

Seseorang yang special bukanlah seseorang yang ada di hadapan kita,tapi seseorang yang ada di hati kita..


When we are sad, can you please think, who are always be with you when you are happy, sad and also cries? Are you got the answer?
Yess,,, He Is Our God, Allah S.W.T. .No one will be seen that He is watching us, Be careful dear, In our behaviour, we should concious on our Solat, Fasting and everything. Keep doing your best in Yours. Do the kind things for your supply on Akhirat :)
When GOD is in YOUR HEARTS. YOU seem to HAVE everything. That's wealth, PEACE and happiness real ... ♥

Jangan menghina orang walaupun kita membenci perbuatan mereka... Apa yang kita nampak.. cukuplah sekadar beristighafar dan bermunajat dalam hati...janganlah kita merasakan diri kita lebih baik dari orang lain....

Copyright© All Rights Reserved Emai Mariyyah !