Thursday 28 March 2013

SOULMA+ES =)

Soulmate?? hmm. bila sebut mesti para ukhti dan para akhi tahu kan perkara ni?? hehehe ok, ana bahas dan rujuk perkara ni dari bahan rujukan ana "Wadah Cinta Solehah". Pernah dengar tak, "Allah beri kita dua mata, dua telinga, dua tangan , dua kaki...tapi  Allah cuma beri kita satu hati ...Kenapa..? Supaya kita mencari satu lagi hati lain...kerna Allah... hmm selain satu hati , Allah pun bagi kita satu 'shield' .  3 perkara tapi hanya satu susah dijaga. Sebab tu tiga perkara ni kena ada teman . Wallahu a'lam . Masing-masing punya soulmate kan? Kalau belum ertinya Allah hantar dia ke Syurga sehingga bertemu nanti di alam Syurga , Insya Allah ataupun belum muncul jer! jangan risau , sebab Allah sudah menentukan soulmate mu, even we don't know who he/she is . Bagi yang sudah , mereka pastinya setia pada akad pernikahan dan pastilah pasangan masing-masing begitu kuat menerima segala kelemahan dan kelebihan pasangan. Bagi yang belum, boleh jadi soulmate nya berlawanan ataupun sejenis =)  SOULMATE biasanya insan yang           ~Sangat memahami kita.  ~Senang dan susah bersama .    ~ ada 'aura ' atau telepati.  ~Dekat bau tahi, jauh bau bunga. Nak tahu apa maksudnya??  Apabila dekat , dia tidak segan silu untuk menutupi (menegur) "bau Tahi' (keburukan) kita demi kebaikan dan agar tidak diketahui orang lain. Apabila berjauhan pula, dia tidak ragu-ragu untuk menjejerkan(membuka) "bau Bunga" (kebaikan) kita untuk kebaikan dan agar dapat diketahui orang lain . ...........Soulmate melahirkan sikap luar biasa kepada pasangannya: Kasih sayang + Prihatin + Memahami + Simpati + Empati + akhirnya cinta luar biasa! Tapi..alangakah indahnya jika ukhuwah soulmate tu dihiasi dengan iman dan taqwa? Cinta , Kasih dan sayang bertamu hingga ke Syurga..

Sunday 24 March 2013

****Definisi Haram****

 Baiklah, sebagai permulaan dalam penulisan blog ini, ana nak mengulas tentang "Halal Dan Haram Dalam Islam" . Seperti yang anda tahu, Bila kita sebut saja perkara ini, maka kita akan rasa 'complicated'  sebab banyak perkara-perkara boleh dikategorikan di sini antaranya Syubhat, Wara' , Perkara Yang Dilarang Dalam Ibadah hatta Dalam Akhlak sekalipun, Perkara yang Diharamkan dalam Thoharah(bersuci) , dalam makanan yang kita selalu makan demi untuk keperluan hidup . Juga dalam mimuman dan Perhiasan serta macam-macam lagilah. Tapi , ana bukan nak ulas tentang semua tu buat masa sekarang, ana cuma nak ulas tentang definisi Haram. Ketahuilah yang Haram agar kita tahu dan tidak mengaplikasikannya dalam Kehidupan . harap-harap begitulah.Muhasabah untuk Ana juga. ^_^ HARAM tu kan kata lawan bagi Halal , dalam Pembelajaran Bahasa Melayu kan ada belajar 'antonim' , 'sinonim'. Diibaratkan Antonim  tu " haram " , manakala sinonim tu "halal".  Haram ni kan suatu istilah dalam Ilmu yang berhubungan dengan ketentuan hukum,iaitu seuatu/perkara yang dilarang oleh syara' . Berdosa jika mengerjakannya dan mendapat pahala jika meninggalkannya.  Firman ALLAH yang bermaksud "Dan Janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan kebathilan" ( AL-BAQARAH :188) juga "Sesungguhnya orang-orang yang makan harta anak - anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perut mereka dan mereka akan masuk ke dalam neraka Sa'ir" ( An Nisa': 10) . Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:  "Semua daging yang tumbuh dari harta yang haram , maka api neraka adalah lebih utama untuk menyeksanya itu" ( HR. Tirmidzi) . Sabdanya lagi yang bermaksud "Seandainya anda meletakkan (memasukkan) tanah di dalam mulutmu adalah lebih utama daripada meletakkan dalamnya makanan yang haram ".  Banyak sabda Nabi S.A.W. dalam perkara ini namun ana cuma mengambil nya sedikit untuk dijadikan peringatan untuk kita semua ^_^. Sabda Nabi :- "Barangsiapa yang mengumpulkan harta dari jalan yang tidak halal , kelak apabila ia bersedekah tidak akan akan diterima sedekahnya, dan jika ia membelanjakannya tidak akan diberkati perbelanjaannya, dan jika ditinggalkannya sebagai harta pusaka, akan menjadilah harta itu sebagai kayu api yang akan membakarnya di dalam neraka"  . Ibnu Abbas R.A. berkata  , "Allah tidak akan menerima solat seseorang di antara kamu, selagi dalam perutnya itu terdapat sesuap dari yang haram.  Maka jelaslah di sini bahawa,apa - apa sahaja kegiatan , pekerjaan, perbuatan, lisan yang mengerjakan perlakuan yang Haram maka Hukumnya dikatakan Berdosa.    Allah berfirman ertinya : "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang taqwa."    (Al-Maidah : 27)  . Tapi nak jadi orang yang sempurna imannya tidaklah senang. Kerana kita bukan sempurna , punya kelemahan tetapi kita boleh mengawal iman kita, contohnya belajar lagi banyak tentang ilmu keagamaan, baca Al-Quran dan pelbagai lagi. Ingat lah , jika mahu berjaya perlulah melakukan pengorbanan yang besar . Semoga ilmu yang ana kongsi , sebanyak - sedikit memberi pedoman kepada kita, Insha Allah. dan semoga kita berada di bawah NaunganNya , Insya Allah ^_^.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . Salam kepada semua  Umat Islam ^ _ ^, Syukran kerana membacablog ana yang tidak seberapa 'cun' daripada blog yang lain , Ana sebenarnya baru lagi berkecimpung dalam dunia Blogger ni , jadi silalah tunjuk ajar ana dalam penulisan blog ini ya .

Copyright© All Rights Reserved Emai Mariyyah !