Wednesday 5 June 2013

Berpegang teguhlah pada Pegangan Islam

Hargailah Islam kita. Jika ada perkataan lain selain berpegang teguh , kita peluklah , dakaplah , genggamlah Islam se erat yang mungkin . Kerana itulah harga kita sebagai seorang Muslim dan Muslimah . Itulah juga membezakan antara kita dengan  orang - orang  yang berpaling daripada Allah . Itulah nilai kita untuk ke syurga , Dan yang paling penting , di situlah jatuhnya pandangan rahmat (kasih sayang ) Allah kepada  hamba - Nya . Maka apa lagi yang lebih berharga daripada itu , ?  Oh , tidak ada !!        Jangan peduli apa orang mahu kata, jangan juga peduli pada bisikan - bisikan jahat yang selalu mencuba mem'brain wash ' kita untuk lakukan kemungkaran . Asalkan kita tetap setia berpegang teguh dengan agama yang suci dan sebenar  benar agama iaitu agama Islam . Agama pembawa kebahagiaan hakiki .
Copyright© All Rights Reserved Emai Mariyyah !