Friday 26 July 2013

Sedikit Ilmu daripada Ukhti :) ~ Niqab/Purdah .

Dek kerana pengajian kitab saya belum habis bab asas fiqah (taharah, wudu', solat), jadi saya rakamkan perbualan soal jawab berkenaan hal Niqab/Purdah ini dengan guru pondok saya, Ustazah Wan Ummu Atiah.
 

Saya: Mengapa Muslimah pakai Niqab/Purdah? Adakah ia wajib?
 

Guru: Jika mengikut Qaul Muktamad, aurat wanita dgn lelaki asing/bukan mahram adalah seluruh tubuh. Jadi jika kita ikut qaul muktamad, wajiblah menutup aurat termasuk muka (berniqab penuh termasuk dahi) dan wajib juga bersarung tangan selain anggota lain yang biasa kita tutup.
 

~ burqa ^_^ 
~ Niqab ^_^
~ Purdah ^_^ 


Saya: Oh? Tapi ramai kalangan Muslimah yang berniqab separuh (tidak tutup dahi), tidak bersarung tangan kan? Yang itu bagaimana pula?
 

Guru:  Itu bukan kerana menurut Qaul Muktamad aurat wanita. Mereka masih ikut qaul Mahsyur iaitu aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Tapi mereka berniqab pula kerana menurut sunnah Ummahatul Mukminin (isteri-isteri) Nabi SAW yang memakai Niqab/Purdah kerana menjaga penghormatan yang telah diberi. 


Saya:  Maksudnya?


Guru: Maksudnya isteri-isteri Nabi SAW telah diangkat darjat mereka sebagai ibu kepada orang Mukmin. Jadi apabila mereka berniqab, mereka menjaga penghormatan yang telah diberi. Dari situ juga kita boleh faham, wanita yang berniqab lebih dimuliakan. Lagi pun menurut riwayat, tiada siapa yang dapat mengecam (kenal) wajah isteri-isteri Nabi. Jadi, berniqab untuk mengelakkan orang mengecam (kenal) wajah kita juga adalah sunat kerana mengikut sunnah isteri- isteri Nabi SAW.
 

Saya: Ohhhhh... baru saya faham. Kalau kita ikut Qaul Muktamad, kena berniqab dan bersarung tangan. Kalau berniqab kerana ikut sunnah, tidak mengapalah walaupun tidak bersarung tangan kan? Jadi kena betulkan niatlah kalau nak berniqab ni ya?
 

Guru: Ya. Kena ada ilmu dan beramal dengan ilmu. Barulah dikira ibadah dan berpahala. :)
 

Saya: SubhanAllah. Alhamdulillah. :)


Berasaskan etika dan garis panduan , Bertunjangkan kekuatan agama dan moral ,Dilandasi asas Tauhid kepada Allah , Dipasakkan dalam jiwa ,Dijadikan induk panduan ,Dijadikan pengukur utama , Dijalankan secara istiqamah ,


Kembali ke lembah kehinaan ,

Kembali kepada fitrah diri , kembali pada landasan , Sesungguhnya kemelut sosial yangmelanda generasi muda , Lebih menekankan aspek kebendaan atau materialisme ,Menimbulkan kecelaruan ,

Yang lebih ironis , ada yang bertindak mengikut emosi .

Dalam kerangka agama ,
Dilaksanakan dengan lebih efektif 
dan efisien ,
Dilandais asas Tauhid kepada Allah ,
Dilihat dalam konteks menyeluruh ,
Dinobatkan oleh pelopor ,
Dihormati dan disegani ,
Dijadikan induk panduan , 

Oleh gagasan perjuangan .

Manusia bukanlah 'Haiwan Robotk' yang tidak 
memilih rasa dan jiwa ,
Masih merangkak mencari prinsip perjuangan , 
Masih wujud keterbatasan ,

Meletakkan tarafnya pada standart yang tersendiri .

Friday 12 July 2013



Renungan Bersama .,,


Tataringkas mengenai cara nak menqada' solat :)

Katalah sekarang anda dah jadi solehah, anda juga berhak dipanggil mujahidah. Kerana kuatnya mujahadah anda untuk jadi solehah, yakni sungguh2 utk gapai kesolehahan  InsyaAllah, dapat mujahid soleh...tunggu sahaja masanya.

Tutup lah Aurat mu Wahai Para Muslimah Sekalian :)

Dialog dua wanita ( yg Buka Aurat vs Tutup Aurat ):

BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.

BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup - lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.

BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.

BA: Tak sedia lah nak tutup.

TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia.



Nak pakai niqab? Pun boleyy~ Tapi tapi tapi! Tapi kena ingat, sebelum pakai niqab, kena mujahadah diri dulu. Kena betul2 kuat utk istiqamah akhlak diri, kena betulkan salah silap diri, kena muhasabah diri betul2 dulu. Perlu persediaan betul2 dulu. Jangan lepas berniqab, baru nak berubah. Konsep yg salah tu. Konsep betul, bertaubat dulu, ubah diri dulu dan istiqamah dulu. Kemudian, berniqablah.

Insya Allah !!



"Kita sentiasa cari bahagia, kejar bahagia, inginkan bahagia, harapkan Allah bahagiakan kita. Tapi, kita sebenarnya tak pernah pula cuba betul-betul mahu bahagiakan Dia (Allah SWT)." - rusydee artz

Jika sedih, maka menangislah. Tidak ada apa yang memalukan. Menangisi jangan meratapi. Tetapi, ingatlah kasih Allah dalam titis-titis air mata yang dialirkan. Kerana kasih Allahlah kita punya air mata. Bayangkan jika kita sedih, tapi Allah tak kurniakan kita air mata, pasti seksa hati menahan sedih dalam diri.

Menangislah..

Kehilangan segala-galanya? Hilang sesuatu yang amat penting dan berharga dalam hidup? Kecewa sangat-sangat, sedih sangat-sangat? 

Senang, solusinya: Sabar dan solat
Solusi kedua: Sabar dan solat
Solusi ketiga: Sabar dan solat.

Dalam solat ada al-Quran, dalam solat ada zikir, dalam solat ada taubat dan keampunan. Pakej lengkap!

Semua yang berlaku adalah ujian. Tabahlah!

Tanda Allah kasih, bukan tanda Allah benci.

Thursday 11 July 2013

“La tahzan innallaha ma’ana” (jangan bersedih, Allah bersama kita)



Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).

Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati kita.

Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk tidak bercinta sehinggalah engkau yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan 

Sunday 7 July 2013

Oh ! Cita - cita ku ~

Semua orang punya cita - cita , Jika dulu semasa ana kecil , ana langsung tak tahu nak jadi apa.. selalu sangat bila orang tanya , ana akan jawab 'Doktor' , 'Juruterbang' , dan lain-lain lah . Bila ditanya , pasti ana menjawab lain daripada jawapan tersebut , hehehe.. Tetapi , suatu hari ,.. ana sudah tahu cita- cita yang ana inginkan , ana sudah tahu apa yang ana ingin jadi.. ana ingin sekali jadi seorang Muslimah berjaya dunia akhirat !! mesti semua pun berharap seperti ini juga kan ? Jika ingin menjadi seperti ini , perlulah kita untuk mula mendekatkan diri kepada - Nya dengan melakukan Solat Fardhu 5 kali sehari semalam , puasa di bulan Ramadhan seperti yang terkandung dalam Rukun Islam . Melakukan amalan - amalan sunat seperti berdoa , berzikir dan sebagainya dan pelbagai lagi cara yang boleh dilakukan . Untuk mencapai matlamat ini , bukan mudah tetapi perlulah mencuba kerana jika berusaha ke arah Nya , pasti Allah akan berkati dan permudahkan jalan kita , kan ? Bukan di dunia sahaja perlu dicapai malah untuk Akhirat juga . kita sebagai Muslim dan Muslimah perlu juga menjaga diri kita agar tidak menjadi fitnah di Zaman ini yang penuh dengan rintangan . Semoga Allah memberkati kita semua hendaknya , Aamiin ....  

Ihya ' Ramadhan ~


Tips For A Juz' Of Quran


Ramadhan ~ :)

Ramadhan Menjelma Lagi ,, bagi setiap umat Islam pasti ada yang tidak sabar - sabar untuk menghadapi bulan yang  Indah ini ... pastinya ada saudara - saudara yang berusaha mengawal iman , nafsu dan kesabaran  special untuk menempuhi Ramadhan kali ini kan ? semoga Ramadhan pada kali ini bermakna untuk kita dan semoga kita mampu mengawal nafsu dan iman dalam tempoh tersebut . Aamiin Ya Rabbal Alamiin
Copyright© All Rights Reserved Emai Mariyyah !