Sunday 24 March 2013

****Definisi Haram****

 Baiklah, sebagai permulaan dalam penulisan blog ini, ana nak mengulas tentang "Halal Dan Haram Dalam Islam" . Seperti yang anda tahu, Bila kita sebut saja perkara ini, maka kita akan rasa 'complicated'  sebab banyak perkara-perkara boleh dikategorikan di sini antaranya Syubhat, Wara' , Perkara Yang Dilarang Dalam Ibadah hatta Dalam Akhlak sekalipun, Perkara yang Diharamkan dalam Thoharah(bersuci) , dalam makanan yang kita selalu makan demi untuk keperluan hidup . Juga dalam mimuman dan Perhiasan serta macam-macam lagilah. Tapi , ana bukan nak ulas tentang semua tu buat masa sekarang, ana cuma nak ulas tentang definisi Haram. Ketahuilah yang Haram agar kita tahu dan tidak mengaplikasikannya dalam Kehidupan . harap-harap begitulah.Muhasabah untuk Ana juga. ^_^ HARAM tu kan kata lawan bagi Halal , dalam Pembelajaran Bahasa Melayu kan ada belajar 'antonim' , 'sinonim'. Diibaratkan Antonim  tu " haram " , manakala sinonim tu "halal".  Haram ni kan suatu istilah dalam Ilmu yang berhubungan dengan ketentuan hukum,iaitu seuatu/perkara yang dilarang oleh syara' . Berdosa jika mengerjakannya dan mendapat pahala jika meninggalkannya.  Firman ALLAH yang bermaksud "Dan Janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan kebathilan" ( AL-BAQARAH :188) juga "Sesungguhnya orang-orang yang makan harta anak - anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perut mereka dan mereka akan masuk ke dalam neraka Sa'ir" ( An Nisa': 10) . Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:  "Semua daging yang tumbuh dari harta yang haram , maka api neraka adalah lebih utama untuk menyeksanya itu" ( HR. Tirmidzi) . Sabdanya lagi yang bermaksud "Seandainya anda meletakkan (memasukkan) tanah di dalam mulutmu adalah lebih utama daripada meletakkan dalamnya makanan yang haram ".  Banyak sabda Nabi S.A.W. dalam perkara ini namun ana cuma mengambil nya sedikit untuk dijadikan peringatan untuk kita semua ^_^. Sabda Nabi :- "Barangsiapa yang mengumpulkan harta dari jalan yang tidak halal , kelak apabila ia bersedekah tidak akan akan diterima sedekahnya, dan jika ia membelanjakannya tidak akan diberkati perbelanjaannya, dan jika ditinggalkannya sebagai harta pusaka, akan menjadilah harta itu sebagai kayu api yang akan membakarnya di dalam neraka"  . Ibnu Abbas R.A. berkata  , "Allah tidak akan menerima solat seseorang di antara kamu, selagi dalam perutnya itu terdapat sesuap dari yang haram.  Maka jelaslah di sini bahawa,apa - apa sahaja kegiatan , pekerjaan, perbuatan, lisan yang mengerjakan perlakuan yang Haram maka Hukumnya dikatakan Berdosa.    Allah berfirman ertinya : "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang taqwa."    (Al-Maidah : 27)  . Tapi nak jadi orang yang sempurna imannya tidaklah senang. Kerana kita bukan sempurna , punya kelemahan tetapi kita boleh mengawal iman kita, contohnya belajar lagi banyak tentang ilmu keagamaan, baca Al-Quran dan pelbagai lagi. Ingat lah , jika mahu berjaya perlulah melakukan pengorbanan yang besar . Semoga ilmu yang ana kongsi , sebanyak - sedikit memberi pedoman kepada kita, Insha Allah. dan semoga kita berada di bawah NaunganNya , Insya Allah ^_^.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Emai Mariyyah !