Sunday 7 July 2013

Oh ! Cita - cita ku ~

Semua orang punya cita - cita , Jika dulu semasa ana kecil , ana langsung tak tahu nak jadi apa.. selalu sangat bila orang tanya , ana akan jawab 'Doktor' , 'Juruterbang' , dan lain-lain lah . Bila ditanya , pasti ana menjawab lain daripada jawapan tersebut , hehehe.. Tetapi , suatu hari ,.. ana sudah tahu cita- cita yang ana inginkan , ana sudah tahu apa yang ana ingin jadi.. ana ingin sekali jadi seorang Muslimah berjaya dunia akhirat !! mesti semua pun berharap seperti ini juga kan ? Jika ingin menjadi seperti ini , perlulah kita untuk mula mendekatkan diri kepada - Nya dengan melakukan Solat Fardhu 5 kali sehari semalam , puasa di bulan Ramadhan seperti yang terkandung dalam Rukun Islam . Melakukan amalan - amalan sunat seperti berdoa , berzikir dan sebagainya dan pelbagai lagi cara yang boleh dilakukan . Untuk mencapai matlamat ini , bukan mudah tetapi perlulah mencuba kerana jika berusaha ke arah Nya , pasti Allah akan berkati dan permudahkan jalan kita , kan ? Bukan di dunia sahaja perlu dicapai malah untuk Akhirat juga . kita sebagai Muslim dan Muslimah perlu juga menjaga diri kita agar tidak menjadi fitnah di Zaman ini yang penuh dengan rintangan . Semoga Allah memberkati kita semua hendaknya , Aamiin ....  

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Emai Mariyyah !